3 Fasa di dalam Major Trend

Tahukah anda , terdapat 3 fasa di dalam major trend ?

  • Fasa Accumulation – Investor amat gemar pada waktu ini kerana mereka membeli saham pada waktu harga bottom. Tidak lupa juga insider akan mula menggumpul saham pada waktu ini. Siapa Insider ? Kadang-kadang insider boleh dimaksudkan dengan  orang dalam pada syarikat tersebut yang mungkin tahu beberapa berita baik yang boleh menguntungkan pemegang saham kelak.Oleh itu, mereka ini akan sedikit sebanyak menggerakkan saham tersebut hingga ke peringkat fasa participation.

Screenshot_5

  • Fasa Participation – Ini adalah fasa teknikal analisis atau research team. Pergerakan dari fasa accumulation telah membentuk breakout resistance pattern dan technical pattern yang sekaligus akan tercetus buy call dari research team. Hasil dari buy call akan menggerakkan saham hingga ke fasa distribution.

 

  •  Fasa Distribution – Public akan sedar mengenai kehebatan saham tersebut pada fasa ini kerana anda akan dapati informasi mengenai saham ini akan terpampang di akhbar atau di berita. Oleh itu, keesokan hari akan ramai pelabur merancang untuk membeli saham tersebut. Untuk pengetahuan anda, INI ADALAH BELI WAKTU PUNCAK  DAN JERAT. Jika anda perasan, ramai orang akan bising apabila mereka beli, harga pun jatuh..Ini lah sebabnya. Salah entry!! Sebab, tiada ilmu..

Renung-renung dan fikir-fikir…faham tak ??

 

Mengapa mesti melalui pasaran Bursa Malaysia ?

Bursa Malaysia adalah platform kepada syarikat untuk meniagakan sebahagian saham syarikat kepada pelabur runcit ( public ). Ini secara tidak langsung dapat membantu syarikat untuk  memperoleh dana bagi meneruskan operasi dan projek untuk mengembangkan syarikat. Syarikat akan menggunakan  IPO ( initial public offering ) sebagai  medium untuk syarikat menyenaraikan saham mereka di pasaran Bursa Malaysia  selain dari memperkenalkan saham syarikat kepada pelabur runcit ( public ).

Hari dan waktu trading/ urusniaga.

  • Hari : -Isnin hingga Jumaat
  • Waktu urusniaga :-
    • 30 am = Pre-opening ( Anda boleh memasukkan order pada waktu ini tetapi order anda tidak akan match sehingga pasaran dibuka. )
    • 00 am – 12.30 pm = Waktu urus niaga
    • 31 pm – 1.59 pm = Urus niaga berhenti seketika
    • 00 pm -2.29 pm = Pre-opening ( Anda boleh memasukkan order pada waktu ini tetapi order anda tidak akan match sehingga pasaran dibuka. )
    • 30 pm -4.45 pm = Waktu urus niaga
    • 45am – 4.50pm = Pre-closing. Urus niaga diberhentikan seketika
    • 50 pm -5.00 pm = T.O.P ( Bursa akan menetapkan satu harga sahaja yang boleh diniagakan ( T.O.P Price ). Setiap entry yang masuk pada waktu TOP tidak semestinya akan berjaya.

Pelaburan Saham

Apa itu pelaburan saham ?

Pernahkah ada kenalan atau ahli keluarga anda mengesyorkan melabur saham ?

Pernahkah anda dengar membuat pelaburan saham akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda ?

Ini adalah beberapa soalan yang kerap di berikan kepada bakal pelabur baru untuk menarik anda untuk melabur di saham.

Pelaburan Saham Adalah :

Saham adalah pemilikan (ownership) yang di berikan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di pasaran bursa Malaysia  kepada pelabur yang telah membeli saham syarikat mereka.

Sebagai pemegang saham syarikat, anda layak untuk menerima dividen dan anda layak bersuara di mesyuarat Agong ( AGM ) syarikat anda.

Setiap syarikat akan melantik satu registrar  sebagai pengantara diantra anda dan syarikat.

Registrar bertanggung jawap untuk menguruskan dividend dan corporate action berkaitan saham anda. Melalui platform yang disediakan oleh broker, anda dapat merujuk maklumat syarikat anda termasuklah juga maklumat registrar syarikat.

===================================================

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑