Put dan call – Apa tu ??

PU CALL.jpgPelajaran kali ini penting sebab ramai newbie main bedal sahaja beli saham. Asalkan murah,  beli!! Tak boleh macam tu…anda harus tahu apa yang anda beli dan kenapa harus beli saham itu.

Contoh 1 – Saham AirAisa

Jika dilihat ada 3 jenis

  • AirAsia = Ini ialah mother shares
  • AirAsia-H = Ini ialah Put Warrant
  • AirAsia-C = Ini ialah Call Warrant

Apa perbezaannya ??

  • Harga – Ya, harga put dan call sangat-sangat murah berbanding mother shares. Tetapi harus anda tahu bahawa put dan call ada expiry date. Oleh itu, tidak seperti saham dimana anda boleh simpan lama-lama. Periksa dahulu expiry date sebelum anda beli. Jika sudah expired, duit anda consider burn. Sebab counter ini akan dikeluarkan dari Bursa list. So, rugilah.
  • Volume – Put dan call tidak banyak volume seperti mother shares. Kadang-kadang jika anda nak jual, tiada buyer yang nak beli..

 

air

Strategi :

Put bersifat bertentangan dengan pergerakan mother shares. Jika harga mother shares naik, harga Put akan jatuh. Put di adakan supaya trader boleh ” short ” dalam equity market. Walaupun pada dasarnya saham tidak boleh ” short “. Tetapi sifat put adalah seperti “short.”

call pula bergerak seiring dengan mother shares. Jika harga mother shares naik, harga call juga akan naik. 

Oleh itu, jangan la beli put dan call serentak. At the end, satu untung -satu rugi = anda tak dapat apa-apa.

Mudahkan kalau trade jika ada ilmu ?

 

 

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑