STUDENT UUM BUAT DUIT RM300 DENGAN IPO..

STUDENT UUM BUAT DUIT RM300 DENGAN SAHAM IPO..

Masa itu sekitar tahun 2008/2009, sekiranya anda pernah belajar di UUM sebelum tahun 2009 anda mesti ingat Kafe YAB kerana lepas itu Kafe itu telah terbakar.

Dahulu ย disini la trading hall saya

๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

wordpress-cantteb

 

source :ย www.hafizhafizol.my

Ketika ituย internet susah, apps untuk trading pun tiada lagi. Kalau nak online kena datang Kafe @ pergi kawasan dewan kuliah (DKG)ย .

Bagaimana saya boleh ceburi bidang trading ini, mungkin kerana masa kecil-kecil dahulu saya selalu ikut emak ke tempat kerja dia.

Business owner tu seorang trader dia selalu la tgk market melalui TV. Masa itu saya tidak paham apa benda la dia tgk..dengan no yang banyak pastu no tu berubah2.

Tapi saya tahu itu saham.(sampai sekarang saya masih fikir macam mana dia analisis saham) kita sekarang macam2 indicator pakai..

UUM_02

source :ย www.etawau.com

Sampai la saya masuk ke UUM pada tahun 2007, saya berjumpa seorang kawan yang mempunyai minat yang sama ย untuk trading saham.

Bermula ketika itu saya mula mencari sumber untuk belajar pasal trading saham ni, source untuk belajar saham ketika itu memang limited,ย  beli ebook itu pun cerita pasal cara-cara buka akaun CDS….babypips.com salah satu tempat saya mula kenal candlestick dan asas teknikal yang lain..

Hasil dari pembacaan dari forum dan bahan2 lain, saya buat keputusan untuk trade saham.

Teknik @ย cara ketika itu adalah beli saham IPO. Kalau ada offer IPOย saya mesti akan cuba apply.. (saham ipo ni tidak semestinya dapat jumlah yang kita apply).

CDS account kena buka…boleh ke?? layak ker?? dah la background aku orang kampung jer?? dia nak layan ker budak mcm aku ni?? itula yang bermain di fikiran saya ketika itu..

Saya buat yakin jer ketika itu, akhirnya saya dapat account CDS saya yang pertama adalah dengan TA Securities.

Pegawai tu tanya, tahu ke trade saham ni??

Saya jawab saya nak cuba beli saham IPO jer encik..

Sempat minta nasihat dari pegawai TA Sec itu pasal saham IPO ni..
(nama sudah lupa/terima kasih atas nasihat anda dahulu).

ta.jpg

Account CDS sudah ada, pastu macam mana nak tahu ada offer IPO niโ€ฆ

Cara yang saya ketika itu adalah monitor dekatย thestar.com..anda akan dapat la info macam bawah…โคตโคตโคตโคต

ipo.jpg

Untuk apply IPO pula saya guna duitย ๐Ÿ’ฒ๐Ÿ’ฒ๐Ÿ’ฒย PTPTN ..mana nak ada duit bukan dari keluarga kaya..(tidak dinasihat ikut ye student2).

Kalau siapa pernah belajar UUM mesti tahu Kolej YAB dgn Mall agak jauh..sanggup pinjam motor ๐Ÿšต๐Ÿšต๐Ÿšต kawan nak apply IPO punya pasal.

Maybank_1.jpg

Apply IPO guna ATM MAYBANK. Sekarang saya pakai I*Trade@CIMB masih lagi aktif apply IPO tapi tidak macam dulu pantang ada IPO mesti saya apply.. Bila berilmu lain caranya.

Bila IPO dah apply dan approve..hari di tunggu-tunggu adalah hari ย listing.

Sebelum jam 9.00 pagi dah dekat Kafe. Takut tidak dapat connect wifi..Excited nak tunggu harga listing.. harga tengok dekatย thestar.com juga ketika itu.

IPO pertama saya apply ketika itu harga offerย  dia 0.70 sen saya apply 100unit/RM700 listing jer pagi tu terus jadi 1.00/RM1000 (nama saham sudah lupa tapi untung RM300 pertama tu takkan ku lupa)

itula cerita macam mana pertama kali saya Berjaya buat duit melalui IPO.

Akhirnya berjaya juga saya tamatkan pelajaran di UUM..

WhatsApp-Image-20160620 (1)

ini real story perjalanan saya sebagai seorang pelabur, saya kongsikan bersama anda. saya
masih lagi belajar dan belajar lagi. saya bukan masta atau pakar saham yer…masih belum untung setiap kali entry.

Tiada teknik 100% untung, pahit mesti ada ceritanya…

pesanan saya : Trend Market sentiasa berubah & harus ingat market bukan kita punya.

Jangan terlalu yakin dalam setiap entry kita (kepada yang baru berjinak dgn saham jangan follow 100% buy call buatlah homework anda sendiri..teruskan belajar mendapatkan kefahaman anda sendiri)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑