MARGIN AKAUN ( Part 1 )

euro-447209_1920.jpg

Seperti yang dijanjikan, saya nak kongsi mengenai akaun margin kepada anda. Jujurnya, saya pun baru je belajar mengenai margin ni..Di harapkan, apa yang saya dapat, saya nk salurkan kepada anda supaya kita sama2 dpt manfaat.

—> Apa itu Margin??

Margin adalah akaun pelaburan yang menggunakan loan. Setiap broker ada menyediakan facility ini. Cumanya lain broker, lain cara aplikasi loan tersebut.

Contoh yang sy akan kongsi ni adalah margin

—> Apa beza margin dengan normal trading akaun ??

  • Melalui margin, kita tidak tersekat dengan settlement period ( T+3, T+4 ). Kita hanya perlu membayar interest saje berdasarkan jumlah outstanding. Jadi, terpulang pada kita nak hold selama mana yang kita nak.
  • Boleh mengeluarkan duit dari akaun margin..( x beli saham, tapi boleh withdraw duit).

—> Brokerage mcm mana pula ??

Kalau ikutkan pada product ni, brokarage adalah sama mcm normal trading.

kalau normal trading 0.6% min RM 40  ( offline ), 0.42% min RM 12 ( online ) , maka margin pun sama.

—> Interest ??

Interest dikira berdasarkan daily basis. Jika kita ada outstanding, maka interest pun jalan. Kalau x de outstanding, x de la interest caj.

—-> Apa lagi kita kene tahu, jika kita berminat nk buka akaun margin ??

Bank akan bagi satu template mcm kat bawah ni…

Sekarang, kita masuk bahagian lebih teknikal…

—> Bagaimana margin akaun ni berfungsi ( How its work lah..margin 2

**MOF yang CIMB offer adalah 60% ( mcm tertera di template kat atas )

Senario 1 : Deposit RM 10,000 dan tak ada masukkan saham utk collateral.

  • Trading limit = Rm 10,000 x 2.5 —-> Rm 25 ,000
  • consider kita menggunakan kesemua limit utk beli saham ( value Rm 25 000)

Apabila T+3 …

margin 4

Oleh kerana % margin sekarang melebihi approve margin yang dibenarkan..maka kita mendapat margin call.

Apa tu margin call ??

margin call adalah situasi yang menyebabkan kita perlu mengurangkan % margin kepada level yang dibenarkan iaitu kembali kpd 60%.

Pilihan yang ada sewaktu margin call adalah:

  • top-up / masukkan duit supaya dpt mengurangkan outstanding
  • masukkan saham ( bahasa lain adalah “pledge ” saham )
  • jual sikit saham spaya dapat kurangkan outstanding.

Berapa nak kene topup??

margin 5

Basically, mcm ni la kira-kiranya. Tapi jgn rungsing, call je remiser / dealer anda minta jumlah kene top-up tu…yang di atas ni adalah simulasi pengiraan saje.

Kesimpulan dari senario 1 ;

  • untuk first time trade, dinasihatkan jgn utilize kesemua trading limit, supaya x terkena margin call. Just bayangkan kalau anda x terkena margin call, anda hanya perlu membayar jumlah interest saje selagi mana anda hold saham tersebut compare dengan normal trading dimana anda sudah pasti perlu membuat full settlement @ contra position anda.
  • Pledge saham dari CDS lain ke dlm akaun margin, supaya % margin dapat dikurangkan.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑